fbpx
More

    OPPO K9 5G dilancar: Skrin 90Hz, Snapdragon 768G, tiga kamera 64MP bermula ~RM1,274

    OPPO hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan, OPPO K9 5G, di China. Telefon ini merupakan OPPO K pertama yang dilengkapi skrin dengan kadar segar semula yang pantas, manakala spesifikasinya juga agak canggih dengan sokongan 5G, kamera 64MP dan bateri besar.

    OPPO K9 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.43 inci Full HD+ dengan nisbah aspek 20:9, kadar segar semula 90Hz dan kadar bacaan sentuhan 180Hz. Daripada segi spesifikasi dalaman, ia mempunyai cipset Snapdragon 768G, storan dalaman 256GB, RAM 8GB dan perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11.

    Ia turut dilengkapi bateri 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W yang OPPO mengatakan mampu cas penuh selama 35 minit sahaja. Untuk tujuan gaming, ia turut dilengkapi sinki pelesapan haba vapour chamber (VC) dengan penyejukan cecair dan besi graphite untuk menyejukkan telefon dalam prestasi pantas.

    Untuk kamera, ia dilengkapi tiga kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Telefon ini juga akan ditawarkan dalam warna hitam dan biru.

    OPPO K9 5G dijual pada harga CNY1,999 (~RM1,274) untuk 8GB+128GB dan CNY2,199 (~RM1,400) untuk 8G+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Pertandingan PUMA x PLAYSTATION Social Media Fit Check, berpeluang menang PlayStation 5

    PUMA Malaysia melancarkan koleksi eksklusif PLAYSTATION dengan hebat dengan menawarkan aktiviti yang menarik untuk meraikan acara tersebut. Salah satu acara yang menarik...

    vivo Y18 dilancar di Malaysia: Helio G85, RAM 8GB dan bateri 5,000mAh berharga RM599

    vivo telah melancarkan vivo Y18 baharu di pasaran Malaysia secara senya-senyap membawa harga RM599. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan...

    Anda boleh dapatkan set urut OGAWA dengan pembelian telefon vivo terpilih

    vivo Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas yang dibuat dengan kerjasama jenama kelengkapan urut OGAWA. Dengan setiap pembelian vivo V30, vivo V30...

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X