More

    Video promosi Samsung Galaxy A82 5G tertiris dalam talian, mungkin dilancar dalam masa terdekat!

    Beberapa minggu lalu, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Quantum2 di Korea Selatan. Peranti ini dijangka akan memasuki pasaran global dengan nama Galaxy A82 5G. Terbaru, video promosi Galaxy A82 5G telah tertiris dalam talian menandakan pelancarannya tidak lama lagi.

    Video promosi peranti ini telah tertiris di dalam talian dan berdurasi selama 1 minit. Promosi ini dilihat menekankan mengenai kebolehan bateri, pengecasan pantas dan kamera Galaxy A82 5G.

    Jika peranti ini adalah nama lain dari Galaxy Quantum2, ia bakal dilengkapi cipset siri Snapdragon 800 (mungkin Snapdragon 855+). Cipset ini dapat menyelesaikan masalah prestasi yang ada pada telefon Samsung yang lain.

    Untuk spesifikasi lain, Galaxy A82 5G ini mungkin akan hadir dengan skrin Dynamic AMOLED 6.7 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia mungkin akan dilengkapi kamera 64MP, kamera ultralebar 12MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 10MP.

    Peranti ini juga mungkin hadir dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

    Buat masa ini, tiada lagi berita rasmi mengenai kehadiran peranti ini untuk pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai Galaxy A82 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured