More

    Samsung Galaxy Tab S7+ Lite dilengkapi pengecasan pantas 44.5W!

    Samsung dikhabarkan akan melancarkan tablet terbaru mereka yang hadir dengan nama Samsung Galaxy S7+ Lite. Sebelum ini, reka bentuk peranti ini telah ditunjukkan di dalam talian. Kini, spesifikasi pengecasan pantasnya pula telah tertiris.

    Samsung Galaxy Tab S7+ dilaporkan akan ditawarkan dengan tiga varian iaitu varian WiFi, varian 4G LTE dan varian 5G. Ketiga-tiga model ini hadir dengan nombor model SM-T730, SM-T735 dan SM-T736B.

    Terbaru, dua model (varian WiFi dan 4G LTE) telah dikesan di pensijilan 3C dan ianya dilihat menyokong pengecasan pantas 44.5W. Namun begitu, Samsung dikhabarkan akan meletakkan pengecas 15W sahaja di dalam kotaknya (sekurang-kurangnya untuk pasaran China).

    Galaxy Tab S7+ Lite dijangka hadir dengan skrin 12.4 inci yang menyokong S Pen. Stilus itu dilekatkan pada bahagian belakang tablet dengan magnet, sama seperti Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+.

    Selain itu, ia mungkin dikuasai oleh Snapdragon 750G, RAM 4GB/6GB dan storan 128GB. Untuk perisian, ia akan menggunakan antara muka OneUI atas Android 11.

    Galaxy Tab S7+ Lite dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun ini dengan 4 warna yang berbeza (hitam, perak, merah jambu, hijau).

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured