More

    Telefon lipat Xiaomi J18s dijangka akan hadir dengan kamera swafoto bawah skrin!

    Xiaomi dilaporkan sedang menghasilkan dua lagi telefon andalan yang hadir dengan kod nama K8 dan J19s. Telefon ini dijangka akan menjadi peranti pertama Xiaomi yang dilengkapi kamera swafoto bawah skrin. Terbaru, sumber dalam talian menunjukkan beberapa spesifikasi lain telefon J18s.

    Sumber menyatakan bahawa telefon J18s adalah sebuah peranti lipat yang akan menyokong kadar segar semula 90Hz. Kedua-dua skrin dalaman dan luaran peranti ini dikhabarkan akan menyokong skrin 90Hz, berbeza dengan Mi Mix Fold yang hanya menyokong 90Hz pada skrin luaran sahaja. Peranti J18s ini juga mungkin hadir dengan tiga kamera iaitu kamera utama 108MP, lensa cecair zum optikal 3x dan kamera ultra lebar.

    Namun begitu, tarikan utama peranti ini adalah teknologi kamera swafoto bawah skrin. Nama sebenar peranti ini belum lagi diketahui. Ia mungkin akan menjadi versi penambahbaikan Mi Mix Fold (mungkin diberi nama Mi Mix Fold S atau Mi Mix Fold Pro).

    Pada bulan Ogos tahun lalu, Xiaomi telah menunjukkan teknologi kamera bawah skrin generasi yang ketiga. Mereka menyatakan bahawa kameranya mampu untuk melihat melalui lubang pada piksel skrin. Skrin di atas kamera itu akan masih mempunyai piksel yang sama banyak seperti bahagian skrin yang lain. Jadi, skrin tersebut dapat menyembunyikan kamera tersebut dengan penuh. Kualiti gambar dari kamera bawah skirin ini juga dikatakan sama baik seperti kamera swafoto yang biasa.

    Adakah anda berminat dengan peranti lipat Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured