fbpx
More

    Imej janaan Sharp Aquos R6 muncul dalam talian, dilengkapi kamera Leica!

    Jenama Sharp memang sudah sinonim dalam masyarakat Malaysia dengan produk seperti televisyen, peti ais dan lain-lain lagi. Namun, adakah anda tahu Sharp juga menghasilkan telefon pintar? Terbaru, beberapa imej janaan telefon pintar terbaru dari Sharp, Sharp Aquos R6 telah muncul dalam talian.

    Sumber menunjukkan beberapa imej janaan Sharp Aquos R6 yang hadir dengan reka bentuk yang menarik. Telefon tersebut dilihat hadir dengan bucu bersegi yang agak tebal. Pada bahagian hadapan, ia menggunakan skrin jenis punch hole manakala bahagian belakangnya pula dilengkapi dua kamera bersaiz besar.

    Sumber menunjukkan bahawa peranti ini dilengkapi kamera jenama Leica, jenama yang pernah bekerjasama dengan HUAWEI untuk siri Mate. Sumber juga menyatakan bahawa ia mungkin akan dilancarkan pada 10 Mei ini.

    Pada tahun lalu, Sharp telah melancarkan Sharp R5G yang dikuasai oleh cipset Snapdragon 865 dan dilengkapi skrin 6.5 inci beresolusi QHD+. Ia juga hadir dengan kamera utama 12MP, kamera telefoto 12MP, kamera ultra lebar 48MP dan sensor ToF (time-of-flight).

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai spesifikasi peranti ini. Sama seperti generasi lalunya, ia mungkin tidak akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

    Berikan komen anda mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X