fbpx
More

    PKP di seluruh negara akan berkuat kuasa bermula 12 Mei

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara bermula hari Rabu, 12 Mei sehingga Isnin, 7 Jun. PKP ini adalah tambahan lagi kepada beberapa negeri yang telah pun dikenakan PKP berikutan penambahan kes yang ketara sejak kebelakangan ini.

    Walau bagaimanapun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan untuk beroperasi dalam PKP kali ini. Berikut adalah garis panduan umum sepanjang PKP sehingga 7 Jun:

    • Tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri
    • Semua bentuk perhimpunan sosial, seminar, persidangan dan mesyuarat adalah dilarang
    • Semua aktiviti sukan dilarang kecuali sukan individu seperti joging, berbasikal dan senaman
    • Semua institusi pendidikan ditutup
    • Bilangan maksimum orang dalam kenderaan persendirian adalah sebanyak tiga orang sahaja
    • Makan di restoran tidak dibenarkan
    • Amalan Bekerja Dari Rumah (BDR) diwajibkan, kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan dalam pejabat
    • Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan
    • Solat sunat Aidilfitri di masjid tidak melebihi 50 orang
    • SOP rumah ibadah bukan Islam akan diperketatkan

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X