More

    POCO F3 GT dikesan dalam laman e-dagang India, mungkin dilancar dalam masa terdekat

    Telefon gaming pertama oleh Redmi iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition yang baru dilancar di China dijangka akan dijenamakan semula kepada POCO F3 GT untuk pasaran antarabangsa. Kini, sebuah laman web e-dagang di India telah menyenaraikan harga telefon tersebut serta spesifikasinya.

    Penyenaraian POCO F3 GT dalam WelElectronics menunjukkan bahawa ia akan dijual pada tanda harga USD1,299 (~RM5,330) namun ini mungkin adalah satu kesilapan kerana telefon tersebut dijangka akan dijual pada harga sekitar CNY1,999 atau ~RM1,280 untuk varian terendah 6GB+128GB.

    Daripada segi spesifikasi, laman web tersebut menyenaraikannya dengan spesifikasi sama pada Redmi K40 Game Enhanced Edition termasuklah skrin OLED 6.67 inci FHD+ 120Hz, cipset Dimensity 1200, storan UFS 3.1, bateri 5,065mAh dan pengecasan pantas 67W.

    Penyenaraian ini mungkin menunjukkan bahawa pelancaran telefon ini semakin hampir. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured