More

    iPhone 13 mungkin lebih tebal sedikit berbanding iPhone 12, modul kamera pun lebih besar

    Pada minggu lepas, kami telah pun melaporkan tentang prototaip untuk iPhone 13 Pro Max yang menunjukkan rekaan luaran telefon tersebut, namun ia sekadar pemerhatian pada mata kasar sahaja. Kini, maklumat dimensi untuk iPhone 13 telah pun tertiris di mana ia adalah lebih tebal sedikit berbanding iPhone 12.

    iPhone 13 dan iPhone 13 Pro bakal mempunyai ketebalan 7.57mm iaitu lebih tebal berbanding iPhone 12 yang berukuran 7.4mm. Walau bagaimanapun, perbezaan tebal 0.17mm tidak mempunyai banyak perbezaan jika dilihat begitu sahaja.

    Di samping itu, ketebalan modul kamera pula adalah lebih tinggi pada iPhone 13 dan iPhone 13 Pro, iaitu sebanyak 2.51mm dan 3.65mm. iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mempunyai ketebalan bonggol kamera sebanyak 1.5mm dan 1.7mm sahaja.

    Kelebaran modul kamera iPhone 13 juga adalah lebih besar berbanding iPhone 12, iaitu sebesar 29mm×29mm. Ia adalah lebih besar daripada modul kamera 28mm×30mm pada iPhone 12. Untuk iPhone 13 Pro pula, modul kameranya dijangka mempunyai saiz 36mm×37mm.

    Teknologi sensor bergerak (sensor shift) dalam kamera juga dijangka akan diperkenalkan dalam varian iPhone 13 Pro, di mana ia bertujuan untuk menghasilkan gambar dan video yang lebih stabil. Buat masa ini, teknologi tersebut hanya disediakan dalam iPhone 12 Pro Max.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured