More

    Malaysia adalah pengguna internet mudah alih tertinggi di Asia Tenggara sepanjang wabak COVID-19

    Firma telekomunikasi Opensignal telah menerbitkan laporan penggunaan internet mudah alih (mobile internet) di kalangan negara Asia Tenggara bermula Januari 2020 hingga Mac 2021 dan Malaysia merupakan negara yang paling banyak menggunakan internet mudah alih sepanjang tempoh tersebut.

    Secara kasar, kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Thailand, Kemboja dan Indonesia mencatatkan peningkatan penggunaan internet mudah alih sejak kuarantin bermula sekitar bulan Mac 2020. Malaysia mencatatkan penggunaan tertinggi pada bulan April 2020, sebelum turun sedikit kemudan terus kekal tinggi sehingga Mac 2021.

    Peningkatan penggunaan internet mudah alih di kalangan rakyat Malaysia adalah sangat tinggi, di mana mereka mencatatkan peningkatan sebanyak 35.2% dari tahun-ke-tahun (year-on-year) untuk Januari 2020 dan Januari 2021. Daripada segi jumlah penggunaan data pada bulan Januari 2021, setiap pengguna Malaysia menggunakan purata data sebanyak 26.4GB seorang, lebih tinggi daripada Thailand iaitu sebanyak 22.3GB.

    Sebagai rujukan, kedua-dua negara mempunyai purata penggunaan data yang sama pada Januari 2020 iaitu 19.5GB seorang.

    Ini mungkin boleh dikaitkan dengan pelbagai pelan internet percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun lepas, namun itu hanyalah inisiatif bersifat sementara untuk memudahkan akses kepada internet. Celcom dan Maxis telah pun mendapat pelanggan yang paling banyak, manakala Digi dan U Mobile adalah syarikat telko yang paling diperbaharui dalam satu lagi laporan Opensignal pada April 2021.

    Kerajaan Malaysia juga sudah memperuntukkan RM400 juta untuk memperbaiki rangkaian telekomunikasi di seluruh negara. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...