More

    realme C20A dilancar: Helio G35, skrin 6.5 inci, bateri 5,000mAh ~RM437

    Siri realme C merupakan telefon kelas pintar kelas permulaan yang sangat popular dan kini syarikat itu telah melancarkan sebuah lagi produk dalam siri itu di Bangladesh iaitu realme C20A.

    Telefon ini menampilkan spesifikasi yang lazim dengan siri realme C, termasuklah paparan 6.5 inci dengan resolusi HD+, takuk (notch) di bahagian atas skrin untuk menempatkan kamera swafoto 8MP, kamera utama 8MP, cipset MediaTek Helio G35, bateri 5,000mAh dan dwi-kad SIM.

    Daripada segi memori, ia mempunyai RAM 2GB dan storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan melalui microSD.

    realme C20A akan dijual di Bangladesh bermula pada harga BDT8,990 (~RM437). Buat masa ini, realme C terbaru yang dilancar di Malaysia adalah realme C21 yang dilancar pada bulan Mac dengan harga RM499. Oleh itu, harga untuk realme C20A dalam pasaran Malaysia mungkin tidak banyak bezanya.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan realme C20A di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured