More

    Mediatek Dimensity 900 dikesan di AnTuTu, tawarkan prestasi lebih baik dari SD 768G

    Mediatek dikhabarkan akan melancarkan cipset terbaru mereka tidak lama lagi dan ianya dilihat hadir dengan nombor MT6877. Terbaru, cipset tersebut telah muncul di penanda aras AnTuTu dan ia memberikan gambaran prestasinya.

    Berdasarkan hasil penanda aras AnTuTu , cipset MT6877 yang dipercayai sebagai Dimensity 900 telah mendapat markah setinggi 480,000. Markah ini adalah lebih tinggi dari Dimensity 820 dan Snapdragon 768G yang mendapat markah sekitar 440,000 sahaja.

    Cipset ini adalah berteras lapan dengan frekuensi setinggi 2.4 Ghz. Ia mungkin adalah cipset bersaiz 6nm yang dilengkapi sekurang-kurangnya empat teras A78. Cipset Dimensity 900 ini mungkin akan digunakan buat kali pertama oleh sebuah telefon OPPO dengan nombor model OPPO PEQMOO.

    Telefon ini dikhabarkan hadir dengan skrin 6.43 inci FHD+ OLED, kadar segar semula 90Hz, kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP. Ia juga mungkin hadir dengan RAM 12GB, storan 256GB dan bateri 4,400mAh yang menyokong kadar segar semula 65W.

    Harga peranti ini dikatakan adalah sekitar 2,500 Yuan (~RM1,602). Harga ini dilihat agak mahal kerana peranti dengan harga ini sudah menawarkan cipset Dimensity 1200 (contohnya adalah Redmi K40 Game Enhanced Edition).

    Adakah anda meminati cipset baru dari Mediatek ini? Atau anda peminat setia cipset Snapdragon? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured