More

    realme GT Neo edisi Flash akan dilancar dalam masa terdekat!

    Setakat ini, realme telah melancarkan dua model dalam siri GT mereka iaitu realme GT dan realme GT Neo. Terbaru, sumber menyatakan bahawa model ketiga siri ini akan dilancarkan tidak lama lagi dengan nama realme GT Neo edisi Flash.

    Jika anda ingin tahu apa yang baru pada model ini, ia adalah pengecasan pantasnya. Untuk sebab tertentu, realme GT Neo hanya menyokong pengecasan pantas 50W untuk bateri 4,500mAh. Ini sedikit pelik kerana realme sebelum ini seringkali meletakkan pengecasan 65W untuk peranti andalannya, tetapi bukan untuk ini.

    realme GT Neo

    Walau bagaimanapun, edisi Flash ini akan membawakan pengecasan pantas 65W pada realme GT Neo. Untuk spesifikasi lain, ia dikhabarkan adalah sama seperti sebelum ini.

    Kenapa realme tidak meletakkan pengecasan 65W pada realme GT Neo sejak awal lagi? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured