More

    Siri iPhone 13 mungkin dilengkapi cip FaceID 50% lebih kecil!

    Apple akhirnya akan mengecilkan takuk pada generasi baru telefonnya, siri iPhone 13. Pada bulan lalu, terdapat sumber dalam talian yang menunjukkan pelindung kaca iPhone 13 yang hadir dengan takuk yang lebih kecil. Kini, sumber memberitahu bahawa Apple akan menggunakan cip VCSEL (untuk pengesanan muka 3D) yang bersaiz 40-50% lebih kecil dari generasi lalu.

    Sumber menyatakan penggunaan cip yang kecil ini akan menyebabkan pengurangan saiz takuknya. Selain siri iPhone 13, Apple juga dikhabarkan akan melakukan perkara yang sama pada tablet iPad yang baru. Dengan takuk yang lebih kecil, Apple dikhabarkan mungkin akan meletakkan pembesar suara pada bahagian atas bezel telefon.

    Berdasarkan sumber lalu, siri iPhone 13 dikatakan akan hadir dengan modul kamera yang lebih besar dan lebih tebal. Versi Pro iPhone 13 dijangka akan menggunakan skrin LTPO AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

    Nantikan berita lanjut mengenai siri iPhone 13 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2S

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured