fbpx
More

    POCO M3 Pro 5G akan dilengkapi cipset Dimensity 700, dilancar 19 Mei ini!

    Terbaru, POCO memberitahu bahawa telefon kelas pertengahan mereka, POCO M3 Pro akan dilancarkan pada 19 Mei ini dengan cipset Dimensity 700 5G. Cipset dari Mediatek ini pernah digunakan oleh beberapa peranti lain seperti Redmi Note 10 5G dan realme 8 5G.

    Selain cipsetnya, POCO juga memberitahu bahawa ia akan hadir dengan skrin 6.5 inci FHD+ DotDisplay 90Hz yang menyokong DynamicSwitch (nama lain bagi Adaptive Sync untuk peranti Xiaomi).

    Namun, sehingga kini, POCO tidak menunjukkan sebarang gambar rasmi peranti tersebut. Di dalam talian, imej janaan POCO M3 Pro telah tertiris dengan tiga warna berbeza iaitu hitam, biru dan kuning.

    Imej janaan POCO M3 Pro

    POCO M3 Pro 5G dikhabarkan adalah penjenamaan semula Redmi Note 10 5G dengan reka bentuk yang baru. Jika ia adalah benar, peranti ini akan menggunakan kamera tri 48MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Jika anda belum tahu, Redmi Note 10 5G akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 20 Mei ini bersama Redmi Note 10S dan beberapa TV 4K Xiaomi.

    Adakah anda berminat dengan POCO M3 Pro ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X