More

    Twitter akan perkenalkan pakej langganan berbayar bernama Twitter Blue

    Twitter sudah pun merancang untuk memperkenalkan langganan berbayar Super Follows dan Communities serta Tip Jar yang membenarkan pengguna untuk mendermakan sejumlah wang kepada akaun kegemaran. Kini, Twitter dilihat akan memperkenalkan sebuah lagi pakej langganan iaitu Twitter Blue yang membenarkan pengguna untuk mengakses lebih banyak fungsi dalam Twitter.

    Menurut pengkaji aplikasi, Jane Manchun Wong, beliau telah menemui perkhidmatan yang akan dinamakan sebagai Twitter Blue dan disediakan pada harga USD3 (~RM12) sebulan. Pelanggan akan menerima pelbagai fungsi seperti Undo Tweets yang boleh menyunting ciapan sedia ada dan Bookmark Collections yang membenarkan pengguna untuk mengurus kandungan yang telah disimpan.

    Twitter Blue mungkin akan ditawarkan dalam pelbagai tahap dengan yuran langganan yang berlainan, di mana pakej yang lebih mahal akan menyediakan lebih banyak fungsi seperti bacaan berita yang lebih tersusun, menggunakan perkhidmatan Scroll.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pakej langganan berbayar oleh Twitter dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...