More

    OPPO Reno6 muncul di pensijilan TENAA dengan cipset Dimensity 900!

    OPPO dikhabarkan akan melancarkan siri Reno6 yang terdiri dari OPPO Reno6, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+ dalam masa yang terdekat. Sebelum ini, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+ dilihat telah melepasi pensijilan TENAA dengan cipset Dimensity 1200 dan Snapdragon 870.

    Terkini, model Reno6 versi biasa pula telah dikesan di pensijilan TENAA dengan cipset terbaru dari Mediatek, Dimensity 900 5G. Cipset Dimensity 900 5G ini adalah cipset bersaiz 6nm yang hadir dengan 2 teras CPU A78 dan 6 teras Arm Cortex A55. Ia menyokong 5G, Wi-Fi 6 dan dilengkapi GPU Mali-G68.

    Untuk prestasi Dimensity 900 5G, ia telah muncul di penanda aras AnTuTu dengan markah setinggi 480,000. Ini adalah prestasi yang jauh lebih tinggi berbanding OPPO Reno5.

    Adakah anda menantikan siri Reno6? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured