More

    Kerajaan lancarkan bantuan kewangan Program eBelia, penerima boleh dapat RM150

    Kementerian Kewangan Malaysia telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan iaitu Program eBelia yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan di kalangan belia serta serta pelajar institut pengajian tinggi (IPT). Bantuan ini akan dibukan bermula 1 Jun 2021 kepada sekitar dua juta belia di seluruh negara.

    Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai. Kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta untuk program ini, iaitu RM100 juta lebih banyak berbanding jumlah asal yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 dan program PEMERKASA yang dilancar pada bulan Mac.

    Dengan peningkatan tersebut, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150. eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch n Go eWallet, di mana setiap perkhidmatan ini akan menyediakan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai (cash back), baucar, mata terkumpul dan banyak lagi.

    Penerima eBelia hanya dihadkan untuk mereka yang berumur 18 ke 20 tahun (lahir pada 2001, 2002 atau 2003) atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

    Mereka boleh menuntut kredit bermula 1 Jun hingga 22 Julai, dan ia boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai.

    Beritahu kami di Facebook jika program ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured