fbpx
More

    Sharp Aquos R6 dilancar : Sensor kamera 1 inci pertama dunia, skrin 2K 240Hz, SD888!

    Terbaru, Sharp telah melancarkan sebuah telefon ‘gempak’ yang hadir dengan spesifikasi yang sangat padu iaitu Sharp Aquos R6. Telefon ini dilihat hadir dengan beberapa spesifikasi hebat seperti cipset Snapdragon 888, skrin 240hz dan sensor kamera telefon pintar bersaiz 1 inci pertama dunia di panel belakangnya.

    Dengan tiga spesifikasi ini, anda pasti sudah tahu bahawa peranti ini adalah sebuah telefon pintar yang berada di segmen ultra premium. Selain spesifikasi tersebut, Aquos R6 juga dilengkapi sensor cap jari ultrasonic yang menyokong ciri pembukaan dua jari. Sensor cap jari telefon ini menggunakan teknologi Qualcomm 3D Sonic Max yang 11 kali ganda lebih besar dari biasa.

    Untuk skrin pula, peranti ini hadir dengan skrin 6.6 inci WUXGA+ Pro IGZO OLED dengan resolusi 1260 x 2730 px (2K+) dan menyokong kadar segar semula setinggi 240Hz (tertinggi di dunia masa kini). Selain itu, skrinnya juga hadir dengan tahap kecerahan setinggi 2000 nits dan menyokong ciri HDR.

    Kamera peranti ini adalah tarikan utamanya. Kali ini, Sharp telah bekerjasama dengan syarikat kamera Leica untuk membawakan telefon pintar pertama dunia yang hadir dengan sensor imej CMOS 1 inci. Sharp menyatakan bahawa sensor ini adalah 5 kali ganda lebih besar berbanding generasi yang lalu.

    Sensor 1 inci ini dapat menghasilkan gambar dengan resolusi yang tinggi dan bokeh yang lebih natural. Kamera utama peranti ini adalah kamera 20MP f/1.9 dan ia digabungkan dengan sebuah lensa ToF.

    Aquos R6 dilengkapi bateri 5,000mAh, cipset Snapdragon 888, RAM 12GB dan storan 128GB jenis UFS 3.1. Ia juga hadir dengan ciri kalis air dan habuk IPX8 dan perisian Android 11.

    Adakah anda bakal membeli peranti ‘gempak’ ini jika ia dilancarkan di Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    CMF mungkin keluarkan telefon pintar mesra bajet dengan nama CMF Phone (1)

    Sub-jenama Nothing, CMF sedang menumpukan segmen pasaran yang mampu milik, selepas melancarkan peranti audio, jam pintar dan pengecas. Baru-baru ini, desas-desus baharu...

    Google Wallet kini sokong transaksi tanpa tunai Kad Maybank

    Penambahan sokongan Maybank untuk Google Wallet sememangnya satu perkembangan yang ketara terutamanya bagi pengguna di Malaysia. Ia memperluaskan kebolehcapaian dan kemudahan pembayaran...

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena...

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah...

    Google Pixel 8a dilancar: Cipset Tensor G3, paparan 120Hz bermula ~RM2,368

    Hari ini, Google secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Pixel 8a yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 14 Mei 2024. Google...

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X