More

    Travel Pass baru dari unifi bermula dengan RM30, akses ke 8000 Wifi sedunia

    Untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, TM unifi telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Menara Kuala Lumpur, Klook, dan Fave untuk kempen Melawat Malaysia 2020.

    Untuk kempen ini, TM unifi telah melancarkan pelan mudah alih iaitu Travel Pass unifi yang merupakan SIM perjalanan prabayar untuk pelancong asing. Travel Pass unifi ini bertujuan untuk memberikan para pelancong internet tanpa had (3G dan LTE), dengan pas selama 7 hari berharga RM30 manakala kos untuk pas 15 hari berharga RM60.

    Ia juga dilengkapi dengan akses ke 8000 WiFi hotspot di seluruh negara melalui wifi @ unifi, live atau streaming dan menggunakan aplikasi mudah alih playTV unifi serta mempunyai RM5 di dalam untuk panggilan dan SMS.

    Bagi pengguna Fave, anda akan mendapat 10 sen cashback untuk setiap pembelian Travel Pass unifi yang dibeli melalui platform itu. Klook akan menggabungkan Pass Travel unifi dengan Kad KLIA Express serta Touch ‘n Go untuk kemudahan perjalanan, manakala MHTC akan membantu dengan menyediakan kemudahan melalui kaunter di lapangan terbang utama dan hospital terpilih.

    Pelancong boleh membeli Travel Pass unifi terlebih dahulu melalui laman web unifi, Fave atau Klook. Selepas pembelian, anda boleh mengambilnya dari kaunter Tourism Malaysia di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia dan Menara Kuala Lumpur.

    Teruskan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured