More

    Xiaomi mengesahkan kehadiran Redmi Note 8 2021! Masih relevan?

    Ya betul, siri Redmi Note 8 telah pun dilancarkan pada tahun 2019 lalu. Sehingga kini, siri ini telah terjual lebih dari 25 juta unit di serata dunia. Disebabkan peranti ini sangat popular, Xiaomi telah mengambil langkah untuk menghasilkan varian baru Redmi Note 8 khas untuk tahun 2021.

    Ini adalah sedikit pelik kerana siri Redmi Note 9 telah terjual lebih dari 45.2 juta unit dan tiada berita mengenai pelancaran model baru dari siri tersebut.

    Untuk spesifikasi, Redmi Note 8 2021 dikatakan akan dilengkapi cipset Mediatek Helio G85, bateri 4,000mAh serta pengecasan pantas 22.5W. Selain itu, ia juga dikhabarkan akan hadir dengan perisian MIUI 12.5 dari dalam kotak dan ditawarkan dengan memori RAM 4GB dan storan 128GB.

    Adakah peranti dari siri Redmi Note 8 masih lagi relevan pada tahun 2021? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured