More

    Jutaan aktivis Palestin tinggalkan ulasan 1 bintang untuk aplikasi Facebook dalam Android dan iOS

    Jutaan pengguna Android dan iOS yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin telah bertindak meninggalkan ulasan satu bintang untuk aplikasi Facebook dalam platform Google Play Store dan Apple App Store. Mereka bertindak sedemikian kerana Facebook dipercayai telah menapis kebanyakan kandungan pro-Palestin dalam perkhidmatan media sosial itu dan menghalang pengguna daripada berkongsinya.

    Facebook kini meletakkan keutamaan tinggi terhadap masalah tersebut dan mengakui bahawa sejumlah besar pengguna telah mengadakan protes dengan meninggalkan ulasan satu bintang dalam platform aplikasi. Facebook telah meminta Apple dan Google untuk membuang ulasan tersebut, namun Apple tidak akan mematuhinya setakat ini manakala Google masih belum mengulas permintaan oleh Facebook itu.

    Buat masa ini, aplikasi Facebook dalam Apple App Store mempunyai rating purata 2.3 bintang, di mana rating 1 bintang mendapat jumlah yang paling tertinggi berbanding bintang-bintang lain. Google Play Store juga menampakkan situasi sama, dengan purata rating 2.4 bintang.

    Rating Facebook dalam App Store
    Rating Facebook dalam Play Store

    Dalam pada itu, Facebook telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjamin hak kebebasan suara untuk semua penggunanya, namun mereka juga akan membuang sebarang kandungan yang “berbahaya (harmful content)“. Facebook kini mempunyai pasukan yang berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Ibrani yang sedang meneliti situasi melibatkan konflik Palestin-Israel pada waktu ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NBC News

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured