More

    realme X7 Max 5G akan dilancar pada 31 Mei

    Telefon pintar andalan realme X7 Max 5G sepatutnya telah dilancar di India pada 4 Mei lalu, namun pelancarannya terpaksa ditangguh kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin parah dalam negara itu pada waktu tersebut. Kini realme telah mengumumkan tarikh pelancaran baru untuk telefon itu iaitu pada hari Isnin, 31 Mei jam 12:30pm IST (3:00pm waktu Malaysia).

    realme X7 Max 5G sudah disahkan bakal dilengkapi cipset Dimensity 1200 SoC, skrin Super AMOLED Full HD+ 120Hz, pengecasan pantas 50W serta kamera 64MP+8MP+2MP. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan ungu.

    rekaan realme X7 Max 5G nampak sama seperti realme GT Neo yang sudah pun dilancar di China. Jika ia merupakan realme GT Neo yang dilancar semula untuk pasaran antarabangsa, realme X7 Max 5G bakal dilengkapi skrin berukuran 6.43 inci, kamera swafoto 16MP, pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, pembesar suara stereo dan bateri 4,500mAh.

    realme juga bakal memperkenalkan televisyen realme Smart TV 4K 43″ dan 50″, dilengkapi teknologi Dolby Cinema dan pembantu suara pintar.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured