More

    OnePlus sahkan kewujudan dan nama Nord baru, mungkin dilancar sebelum September

    OnePlus telah mula menceburi sektor telefon pintar kelas pertengahan dengan pelancaran OnePlus Nord pada tahun lepas dan kini jenama teknologi China itu dilaporkan sudah memulakan usaha untuk melancarkan sekuel kepada telefon tersebut.

    Menurut sumber, OnePlus telah mengesahkan nama telefon pintar OnePlus Nord2 dalam ruangan soalan lazim (FAQ) OnePlus untuk promosi Stadia Premiere Edition di United Kingdom, Jerman dan Perancis. Promosi tersebut akan berlangsung sehingga 30 September, jadi kita boleh jangkakan pelancaran telefon tersebut untuk berlaku sebelum tarikh itu.

    Walau bagaimanapun, perkataan Nord2 telah pun dibuang daripada laman web FAQ tersebut sewaktu artikel ini ditulis.

    Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui tentang Nord2. Ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200 dan bakal menjadi peranti OnePlus pertama yang tidak dilengkapi cipset Qualcomm. Selain itu, Nord2 telah mendapat pengiktirafan Bureau of Indian Standards (BIS) di bawah nombor model EB2101.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Nord baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured