fbpx
More

    300,000 slot vaksin AstraZeneca habis ditempah dalam masa kurang sejam

    Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) melaporkan bahawa 300,000 slot vaksin AstraZeneca yang ditawarkan kepada orang ramai pada hari ini telah habis ditempah. Jawatankuasa itu memaklumkan kenyataan tersebut pada pukul 12:56 tengah hari, kurang sejam sejak tempahan dibuka pada jam 12:00 tengah hari.

    Pada waktu artikel ditulis, tempahan untuk pengambilan vaksin AstraZeneca telah pun ditutup. Mereka yang berjaya mendapat tempahan di kalangan 300,000 slot itu akan menerima waktu temu janji dalam masa terdekat.

    Walau bagaimanapun, ramai netizen dari negeri yang layak iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur tidak berpuas hati dengan prestasi laman web pendaftaran tersebut kerana mereka mengalami pelbagai masalah teknikal sewaktu mengakses laman web. Beberapa butang dalam laman web itu tidak dapat diklik seperti lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), tarikh serta butang Daftar Sekarang.

    Sebelum ini, Menteri Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin mengatakan sebanyak satu juta slot telah disediakan untuk pendaftaran vaksin pada hari ini. Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat tentang baki 600,000 slot yang belum ditempah pada hari ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star (1|2)

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X