fbpx
More

    Siri OPPO Reno6 dilancar : Cipset Snapdragon 870, cas pantas 65W, harga bermula ~RM1,817

    Semalam, OPPO telah melancarkan telefon pintar siri OPPO Reno6 di China. Siri kali ini hadir dengan tiga model berbeza iaitu Reno6, Reno6 Pro dan Reno6 Pro+. Antara spesifikasi yang menarik pada siri kali ini adalah skrin AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, cipset Snapdragon 870, pengecasan pantas 65W dan lain-lain. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti dari siri ini.

    OPPO Reno6

    • Cipset Mediatek Dimensity 900 5G
    • Skrin 6.4 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh yang sokong pengecasan pantas 65W
    • Perisian ColorOS 11.3 atas Android 11
    • Reka bentuk bersegi dengan skrin rata
    • Mula dijual pada 11 Jun

    OPPO Reno6 Pro

    • Cipset Mediatek Dimensity 1200 5G
    • Skrin melengkung 6.55 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP + kamera potret 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh yang sokong pengecasan pantas 65W
    • Sistem penyejukan cecair Vapor Chamber
    • Perisian ColorOS 11.3 atas Android 11
    • Pilihan warna Night Sea, Summer Sunny Sea, Star River Like a Dream
    • Mula dijual pada 5 Jun

    OPPO Reno6 Pro+

    • Cipset Snapdragon 870 5G
    • Skrin melengkung 6.55 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz
    • Kamera utama 50MP Sony IMX766 + kamera ultra lebar 16MP + kamera telefoto 13MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh yang sokong pengecasan pantas 65W
    • Sistem penyejukan cecair Vapor Chamber
    • Perisian ColorOS 11.3 atas Android 11
    • Pilihan warna Moon Sea, Summer Sunny Sea
    • Mula dijual pada 5 Jun

    Siri OPPO Reno6 mula dijual bermula 5 Jun ini dengan tanda harga serendah 2,799 Yuan (~RM1,817). Berikut adalah harga rasmi peranti siri ini.

    • OPPO Reno6 5G (8GB+128GB) – 2799 yuan (~RM1,817)
    • OPPO Reno6 5G (12GB+256GB) – 3199 yuan (~RM2,076)
    • OPPO Reno6 Pro 5G (8GB+128GB) – 3499 yuan (~RM2,271)
    • OPPO Reno6 Pro 5G (12GB+256GB) – 3799 yuan (~RM2,466)
    • OPPO Reno6 Pro+ (8GB+128GB) – 3999 yuan (~RM2,596)
    • OPPO Reno6 Pro+ (12GB+256GB) – 4499 yuan (~RM2,920)

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, kami menjangkakan ia akan diperkenalkan di Malaysia dalam masa yang terdekat.

    Adakah anda berminat dengan siri OPPO Reno6? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X