More

    Redmi Note 10 5G tampilkan ciri-ciri “flagship” dengan harga serendah RM799 sahaja

    Ramai pengguna telefon pintar pasti mengagumi fungsi-fungsi canggih yang dilengkapi dalam telefon kelas andalan (flagship) terutamanya apabila ia memudahkan pelbagai tugas seperti pembelian dalam talian dan membuat mesyuarat secara video. Walau bagaimanapun, pengguna sudah pun sedia maklum bahawa ia selalunya dijual pada harga yang sangat mahal.

    Mujur sekali, telefon pintar Redmi Note 10 5G menawarkan pelbagai fungsi-fungsi andalan namun dijual dengan harga yang sangat mampu milik. Rekaan luarannya juga kecil dan ringan serta menampilkan gaya yang sangat cantik. Berikut adalah sebab kenapa Redmi Note 10 5G perlu menjadi telefon utama anda:

    Redmi Note 10 5G peneraju utama peranti kelas pertengahan

    Buat mereka di luar sana yang sedang mencari telefon pintar dengan harga mesra poket dan memiliki kemampuan capaian internet 5G, inilah modelnya.

    Walaupun peranti ini berada dalam kelas pertengahan, Redmi Note 10 5G menawarkan fungsi dan spesifikasi yang lebih baik berbanding model telefon pertengahan keluaran syarikat lain.

    Paparan visual yang amat lancar

    Redmi Note 10 5G dilengkapi skrin 90Hz berukuran 6.5 inci dengan fungsi AdoptiveSync DotDisplay yang memberikan paparan visual jelas dan lancar semasa anda menonton video, melayari media sosial mahupun ketika sedang bermain game.

    Buat penggemar filem dan game diluar sana, anda pasti akan sangat berpuas hati dengan Redmi Note 10 5G. Anda bakal bersedia dengan peranti bermutu tinggi yang mampu menyokong kelajuan internet 5G apabila ia disediakan dalam Malaysia kelak. Di samping itu, kadar skrin yang lancar juga akan meningkatkan pengalaman sewaktu menonton filem atau bermain game.

    Bateri tahan lama dan kamera 48MP

    Bukan itu sahaja, Redmi Note 10 5G turut dilengkapi kamera utama 48MP, kamera makro 2 MP dan sensor kedalaman 2MP, memudahkan sesiapa sahaja untuk mengambil gambar yang sangat cantik.

    Selain itu, peranti Redmi Note 10 5G ini juga memiliki bateri 5,000mAh dengan kemampuan pengecasan pantas 18W. Bateri ini boleh bertahan lebih daripada 10 jam dengan kegunaan minima tanpa tontonan video mahupun gaming.

    Dengan fungsi tambahan dwi-kad SIM dan AI Imaging, Redmi Note 10 5G merupakan peranti terbaik dengan harga mampu milik yang ada di pasaran.

    Redmi Note 10 5G didatangkan dengan memori sebanyak 8GB + 128GB dan hadir dalam empat warna yang menawan iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green.

    Tambahan pula, Redmi Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk telefon ini. Setiap pembelian Redmi Note 10 5G akan menerima baju-T Redmi Note 10 5G, Mi True Wireless Earbuds Basic dan waranti selama 6 bulan untuk skrin telefon.

    Layari laman Xiaomi Official Store di Lazada untuk maklumat lanjut tentang telefon ini. Bagi mereka yang ingin mencuba dahulu Redmi Note 10 5G, anda boleh singgah di mana-mana cawangan Mi Store di seluruh negara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured