fbpx
More

    AirPods Pro seterusnya mungkin akan bantu anda bersenam dengan lebih canggih

    Fon telinga wayarles oleh Apple, AirPods Pro, merupakan antara fon telinga wayarles yang paling popular dalam pasaran sejak ia dilancar pada 2019. Pengguna amat menggemari reka bentuknya yang lebih kecil berbanding AirPods biasa dan teknologi pembatalan hingar aktif yang terdapat dalam AirPods Pro.

    Kini media Amerika Syarikat melaporkan bahawa AirPods Pro yang seterusnya bakal dilengkapi sensor gerakan (motion sensor) untuk membantu pengguna bersenam dengan lebih cekap melalui fungsi penjejakan senaman (fitness tracking). AirPods Pro baru ini dijangka akan dilancar pada 2022.

    Selain itu, AirPods Pro ini juga mungkin tidak akan dilengkapi sebarang batang (stem) untuk mengecilkan saiz keseluruhan, menjadikannya kompak seperti Samsung Galaxy Buds Plus atau Googe Pixel Buds.

    Sementara itu, fon telinga wayarles AirPods yang seterusnya pula akan dilengkapi batang yang lebih pendek, menyerupai reka bentuk AirPods Pro sedia ada pada waktu artikel ditulis.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Kerajaan sasar ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK pada 2025

    Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo mendedahkan bahawa kerajaan menyasarkan ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia menjelang...

    Galaxy Unpacked: Pelancaran Galaxy AI dan peranti baharu pada 10 Julai 2024

    AI Galaxy bakal tiba menjanjikan untuk merevolusikan pengalaman mudah alih pada era terkini. Inovasi terbaru Samsung yang membawa AI Galaxy akan meningkatkan...

    ChatGPT kini tersedia pada beberapa model Volkswagen

    ChatGPT kini tersedia pada banyak model Volkswagen termasuk semua kenderaan dalam siri elektrik ID, Golf baharu, Tiguan dan Passat. Integrasi ini hanya...

    Video promosi dedahkan CMF Phone 1 hadir dengan plat belakang yang boleh ditanggal

    CMF Phone 1 oleh Nothing dijangka akan dilancarkan dengan sistem tambahan suai iaitu Nothing Lock, seperti yang didedahkan dalam video terbaru yang...

    MYDINPay dilancar di Malaysia: E-dompet pertama yang dilancar oleh syarikat peruncit

    Pada hari ini, syarikat peruncitan popular MYDIN memperkenalkan aplikasi e-dompetnya sendiri iaitu MYDINPay bagi menawarkan pengalaman beli-belah yang mudah untuk para pelanggannya....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X