More

    Shopee tidak benarkan pelanggan pilih kurier bermula 17 Jun, akan ditetapkan secara automatik

    Perkhidmatan e-dagang Shopee telah memaklumkan kepada para penjual bahawa pelanggan tidak akan dibenarkan untuk memilih syarikat perkhidmatan kurier untuk setiap pembelian bermula hari Khamis, 17 Jun. Sistem Shopee sendiri akan memilih syarikat kurier secara automatik buat para pelanggan bagi meningkatkan kecekapan penghantaran barang.

    Pelanggan akan diberi pilihan “Standard Delivery”, “Economy Delivery” dan “Others”. Ini adalah berbeza dengan pilihan sekarang yang membenarkan pelanggan untuk memilih syarikat kurier.

    Pilihan jenis penghantaran yang akan diberikan kepada pengguna
    Perubahan menu dalam Shopee sewaktu membeli barang

    Pihak penjual pula boleh menetapkan syarikat kurier yang diinginkan, berbeza dengan pihak pelanggan yang akan ditetapkan secara automatik.

    Langkah ini juga dilihat akan mempromosikan perkhidmatan kurier Shopee Express, di mana hanya perkhidmatan Shopee Express yang disenaraikan dalam pilihan Economy Delivery. Selain itu, pelanggan juga boleh berjimat sehingga RM2.00 jika Shopee Express digunakan untuk Standard Delivery.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Amanz

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured