More

    Masalah kekurangan cip akan jejaskan pengilangan komputer riba Acer sehingga 2022

    Industri elektronik kini terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan semikonduktor di seluruh dunia yang menjejaskan kadar penghasilan produk-produk eletronik. Kini jenama elektronik terkemuka Acer telah menjelaskan bahawa penghasilan komputer riba oleh syarikat itu akan terjejas sehingga awal tahun hadapan kerana masalah tersebut.

    Pegawai ketua operasi (COO) Acer Tiffany Huang mengatakan pada waktu ini, Acer hanya boleh mencapai permintaan komputer riba sedunia sebanyak 50% sahaja pada setiap hari. Jika senario ini berterusan, masalah ini akan berlangsung sehingga suku pertama atau kedua 2022.

    Wabak COVID-19 telah menyebabkan permintaan terhadap produk elektronik untuk meningkat dengan amat cepat. Kini, ia bukan soal sama ada setiap keluarga memiliki komputer riba, sebaliknya setiap individu memerlukan peranti elektronik bagi tugas-tugas pekerjaan atau pendidikan.

    Huang juga mengatakan Acer bakal memberikan lebih banyak fokus kepada penghasilan komputer untuk tujuan pendidikan berbanding komputer gaming. Mereka percaya bahawa semua orang mempunyai hak untuk meneruskan pembelajaran dan pendidikan walaupun jika sekolah ditutup.

    Kongsi pendapat anda tentang isu ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmodo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured