More

    vivo X70 mungkin akan dilancar pada September 2021, tidak mempunyai banyak perubahan

    vivo telah pun melancarkan telefon pintar andalan untuk tahun ini pada bulan Mac lalu di Malaysia iaitu vivo X60 yang dilengkapi teknologi kamera Zeiss. Walaupun tahun 2021 masih belum berakhir, sudah terdapat berita tentang telefon andalan seterusnya iaitu vivo X70 dan ia mungkin akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

    Siri vivo X70 dikhabarkan akan dilancar pada bulan September 2021 di India, di mana ia akan dianjurkan sebagai penaja utama untuk liga bola sepak Indian Premier League. Liga tersebut bakal bermula pada bulan September, jadi vivo X70 mungkin akan dilancar sekitar waktu tersebut.

    Sumber juga mengatakan tidak ada banyak perubahan daripada segi spesifikasi di antara vivo X60 dengan vivo X70. Perubahan yang dijangkakan hanyalah daripada segi kamera dan perisiannya manakala spesifikasi lain mungkin adalah sama.

    Sebelum ini, vivo X60 dan X60 Pro telah dilancar dengan cipset Exynos 1080 atau Snapdragon 870 manakala vivo X60 Pro+ pula dilengkapi cipset Snapdragon 888.

    Adakah anda berminat dengan vivo X70? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured