More

    Sebuah telefon berjenama ASUS-Snapdragon dikesan dalam TENAA

    Sebuah telefon pintar gaming daripada ASUS telah dikesan dalam pengiktirafan TENAA dari China, namun ia tidak mempunyai penjenamaan “Republic of Gamers” (ROG) yang sering dikaitkan dengan telefon gaming oleh syarikat tersebut. Sebaliknya, telefon itu mempunyai logo Snapdragon dan mungkin bakal menjadi telefon pertama yang dilancarkan dengan jenama cipset itu.

    Telefon ini mempunyai nombor model ASUS_I007D yang padan dengan sebuah peranti dengan kod nama VODKA dan mempunyai kod kernel source serupa dengan ROG Phone 5. Telefon gaming Qualcomm pernah dikhabarkan sebelum ini dan peranti ini mungkin adalah telefon yang dimaksudkan.

    Kebanyakan telefon pintar dalam pasaran sekarang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon namun biasanya logo cipset itu tidak dipaparkan pada badan telefon.

    Penyenaraian TENAA juga menyatakan gajet ini akan dilengkapi skrin OLED 6.78 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 888, bateru 3,840mAh, kamera 64MP+12MP, sistem operasi Android 11, RAM 16GB dan storan dalaman 512GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured