More

    PdPR akan diteruskan selepas 13 Jun, 150 ribu komputer bakal diedar – Menteri Pendidikan

    Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akan disambung lagi 25 hari walaupun setelah sesi persekolahan dibuka bermula 13 Jun bagi Kumpulan A dan 14 Jun bagi Kumpulan B.

    Kumpulan A adalah sekolah dalam negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B adalah negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

    PdPR bakal dilaksanakan sehingga cuti pertengahan penggal yang bermula pada 16 dan 17 Julai ini. Keputusan sama ada inisiatif itu diteruskan atau tidak akan diumumkan sebelum sekolah dibuka semula pada 25 dan 26 Julai. Perkara ini melibatkan seluruh sekolah termasuklah sekolah swasta dan antarabangsa yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

    Kerajaan juga sudah mengedarkan 12,887 komputer riba di bawah Inisiatif Cerdik bagi membantu pelajar melaksanakan PdPR, manakala 40,290 unit lagi akan diagihkan selewat-lewatnya pada 12 Jun. Baki 96,823 unit bakal diedarkan sehingga September 2021, menjadikan jumlah keseluruhan komputer yang diedarkan adalah 96,823 unit.

    Beliau turut mengumumkan tarikh SPM 2021 yang akan bermula pada Februari 2022 untuk ujian lisan dan Mac 2022 untuk peperiksaan bertulis.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured