More

    Sony WF-1000XM4 diumum di Malaysia: Fon telinga wayarles TWS premium berharga RM1,099

    Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan fon telinga wayarles terbaru iaitu WF-1000XM4 yang menampilkan pelbagai ciri-ciri premium termasuklah teknologi pembatalan hingar (noise cancellation) yang diperbaharui, Adaptive Sound Control dan Quick Attention mode.

    WF-1000XM4 dilengkapi cipset Integrated Processor V1 oleh Sony yang meningkatkan kualiti pembatalan hingar, dengan saiz pemacu (driver) 6mm, saiz magnet yang lebih besar sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya serta dua sensor mikrofon yang digunakan untuk mengesan hingar dan membatalkannya.

    Magnet dan dipahragm yang lebih besar memberikan prestasi yang lebih tinggi dalam frekuensi rendah serta membatalkan hingar dengan menjana signal pembatalan (cancellation signal) dalam jurang frekuensi rendah.

    WF-1000XM4 menyokong teknologi High-Resolution Audio Wireless dengan codec LDAC, Digital Sound Enhancement Engine (DSEE) Extreme, Edge-AI dan 360 Reality Audio. Ia turut mempunyai rating kalis air IPX4 supaya anda boleh menggunakannya dalam pelbagai jenis cuaca.

    Ia turut dilengkapi fungsi Speak-to-Chat di mana fon telinga ini akan merendahkan kelantangan audio secara automatik apabila pengguna mula bercakap dengan orang lain. Sebaik sahaja percakapan tamat, audio dalam fon telinga akan dikuatkan semula.

    Selain itu, Adaptive Soud Control pula mengesan aktiviti yang sedang dilakukan oleh pengguna seperti berjalan kaki, menunggu atau melancong, kemudian melaraskan tetapan bunyi secara automatik untuk menghasilkan bunyi terbaik dalam situasi berkenaan.

    Sony mengatakan bateri dalam fon telinga wayarles ini boleh bertahan sehingga lapan jam, kemudian dengan tambahan 16 jam daripada bateri dalam bekasnya. Untuk pengecasan pula, pengecasan selama lima minit menghasilkan penggunaan selama 60 minit dan ia juga menyokong pengecasan wayarles Qi.

    WF-1000XM4 akan dijual dalam Malaysia bermula pertengahan bulan Julai 2021 pada harga RM1,099. Pra-tempahan telah dibuka sehingga 15 Julai di Sony Store, Sony Store Online dan pengedar sah. Setiap pra-tempahan akan menerima pad pengecasan wayarles Qi bernilai RM339 secara percuma.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured