More

    Biden batalkan perundangan AS yang haramkan TikTok dan WeChat

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hari ini telah menguat kuasakan perintah eksekutif terbaru yang menggantikan larangan terhadap dua syarikat komunikasi dari China, TikTok dan WeChat. Beliau menggantikan larangan yang telah diperkenalkan oleh presiden AS sebelum ini, Donald Trump, yang menggantung operasi kedua-dua syarikat itu kerana mereka dipercayai mempunyai ancaman keselamatan terhadap rakyat AS.

    Walau bagaimanapun, perkembangan ini tidak bermaksud TikTok dan WeChat boleh beroperasi sepenuhnya dalam AS. Dengan perintah eksekutif terbaru ini, Biden mengarahkan setiausaha kewangan AS untuk menyiasat kedua-dua syarikat bagi melihat sama ada mereka masih mempunyai pertalian dengan badan-badan asing yang mungkin mengancam privasi data atau keselamatan AS.

    Wakil kerajaan AS mengatakan beberapa negara termasuk China telah mengambil kesempatan terhadap teknologi digital yang mungkin menjejaskan tahap keselamatan AS. Perintah baru oleh Biden ini akan menyediakan rangka kerja bersama Jabatan Kewangan bagi mengelakkan pengumpulan, penjualan atau penukaran data para pengguna AS kepada negara-negara luar.

    Sebelum ini, TikTok telah diarahkan untuk dijual kepada mana-mana syarikat AS jika mereka ingin meneruskan operasi dalam negara tersebut. Dengan perintah Biden ini, TikTok tidak perlu lagi berbuat demikian dan hanya perlu mematuhi penyiasatan oleh kerajaan AS untuk lihat sama ada mereka layak untuk terus beroperasi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured