More

    OnePlus Nord CE 5G dilancar : Cipset SD 750G, skrin AMOLED 90Hz, harga bermula ~RM1299

    Pada tahun lalu, OnePlus telah memperkenalkan peranti kelas pertengahan pertama mereka iaitu OnePlus Nord. Peranti tersebut telah mendapat sambutan yang baik dengan angka jualan yang tinggi. Kini, setahun kemudian, OnePlus telah melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan iaitu OnePlus Nord CE 5G (CE untuk Core Edition).

    OnePlus Nord CE 5G adalah sebuah peranti yang hadir dengan harga yang lebih mampu milik berbanding abangnya, OnePlus Nord. Namun begitu, ia turut menawarkan beberapa penambahbaikan seperti reka bentuk yang lebih nipis, senipis 7.9mm.

    OnePlus Nord dilengkapi cipset Snapdragon 750G 5G dan skrin 6.43 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Sama seperti telefon OnePlus yang baru, ia juga menggunakan antara muka Oxygen OS 11 atas Android 11.

    Selain dari itu, Nord CE 5G hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan pula, terdapat satu kamera swafoto 16MP di atas kiri skrin.

    Kali ini, bateri peranti ini adalah lebih besar iaitu 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas Dash 30T 30W. Mengikut OnePlus, ia mampu memenuhi 70% bateri dalam masa 30 minit pengecasan. Ia juga hadir dengan bicu audio 3.5mm.

    Sama seperti yang lalu, Nord CE 5G mempunyai sensor cap jari bawah skrin jenis optikal, menyokong Bluetooth 5.1, NFC dan hadir dengan pilihan RAM setinggi 12GB.

    Nord CE 5G akan dijual di pasaran Asia dan Eropah pada tanda harga serendah INR 22,999 (~RM1,299) untuk 6/128GB dan INR 27,999(~RM1579) untuk varian yang tertinggi 12/256GB. Ia ditawarkan dengan tiga warna berbeza iaitu Charcoal Ink, Silver Ray dan Blue Void.

    Adakah anda berminat dengan peranti terbaru dari OnePlus ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured