fbpx
More

    Spesifikasi penuh HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 SE tertiris sebelum pelancaran

    Pada 16 Jun minggu hadapan, HONOR akan memperkenalkan telefon pintar siri HONOR 50, siri premium yang pertama dari mereka setelah berpisah dari HUAWEI. Namun, beberapa hari sebelum pelancaran, spesifikasi penuh dan gambar ketiga-tiga model dari siri ini telah pun tertiris di dalam talian.

    HONOR 50 SE akan menjadi model permulaan dari siri ini. Ini hadir dengan skrin 6.78 inci LCD FHD+ dan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 900. Selain itu, ia dilengkapi dengan tiga kamera pada bahagian belakang termasuklah kamera utama 100MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    HONOR 50 SE

    Ia juga hadir dengan bateri 4,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Beratnya adalah 191g dan berukuran 164.73 x 75.63 x 8mm.

    Model berikutnya adalah HONOR 50. Peranti ini hadir dengan skrin 6.57 inci OLED FHD+ dan menggunakan cipset Snapdragon 778G. Berbeza dengan versi SE, ia hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    HONOR 50 (kiri) dan HONOR 50 Pro (kanan)

    HONOR 50 hadir dengan bateri 4,300 mAh dan juga menyokong pengecasan pantas 66W. Peranti ini adalah lebih ringan dengan berat 175g dan berukuran 159.96 x73.76 x 7.78mm.

    Model yang ketiga dan yang terakhir adalah HONOR 50 Pro. Menurut sumber, ia hadir dengan skrin 6.72 inci OLED FHD+ dan mempunyai dua kamera hadapan (32+12MP). Spesifikasi cipset dan kamera belakang peranti ini adalah sama seperti HONOR 50.

    HONOR 50 Pro

    Yang menarik, HONOR 50 Pro dilengkapi bateri 4,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Ia dikhabarkan mampu mengecas penuh dalam masa 25 minit sahaja. Berat model ini adalah 187g dan berukuran 163.46 x 74.66 x 8.05mm.

    Terdapat juga khabar angin mengenai HONOR 50 Pro+ dengan cipset Snapdragon 888, namun ia mungkin tidak akan dilancarkan pada minggu hadapan.

    Apa pun, perlu diingatkan bahawa semua spesifikasi yang diberitahu ini adalah khabar angin sahaja dan ia bukanlah dari sumber yang rasmi.

    Nantikan pelancaran siri HONOR 50 tidak lama lagi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Tesla Model 3 Performance rasmi di Malaysia, 0-100km/j hanya 3.1 saat bermula RM242,000

    Hari ini, Tesla Malaysia telah melancarkan Tesla Model 3 Performance secara rasmi. Untuk pengetahuan, Tesla Model 3 Performance telah dilancarkan sebelum laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X