More

    “Game” Among Us akan tingkatkan bilangan pemain kepada 15 orang

    Game mudah alih popular Among Us telah mengumumkan beberapa kemas kini baru yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat, di mana pembaharuan yang paling ketara adalah peningkatan jumlah pemain dalam satu pusingan kepada 15 orang. Sebelum ini, jumlah pemain hanya dihadkan kepada 10 orang sahaja.

    Pembina game tersebut, Inner Sloth, turut memperkenalkan warna watak baru di samping jumlah pemain yang lebih tinggi iaitu coral, tan, rose, maroon, banana dan kelabu. Pemain juga bakal boleh menghiaskan penutup muka (visor) mereka dengan alat kosmetik.

    Inner Sloth turut berkongsi mod baru bernama Hide & Seek, peta baru yang setakat ini dinamakan Map 5 dan pencapaian (achievement) baru. Kemas kini ini bakal diperkenalkan kepada pemain dalam semua platform pada 15 Jun iaitu ulang tahun Among Us yang ke-3.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan kemas kini Among Us ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Inner Sloth

     

    Artikel Terkini

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat...

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured