More

    Microsoft umumkan peti sejuk Xbox Mini Fridge, rekaan serupa dengan konsol XboX Series X

    Sebelum ini, rekaan konsol gaming terbaru oleh Microsoft bernama Xbox Series X telah menjadi bahan ketawa di kalangan gamers kerana rupanya yang mirip peti sejuk. Nampaknya Microsoft telah mengambil jenaka itu dengan serius dan melancarkan peti sejuk sebenar bernama Xbox Mini Fridge yang dilancar dalam acara Xbox + Bethesda sewaktu temasya E3 semalam.

    Peti sejuk tersebut yang menyerupai bentuk Xbox Series S mempunyai saiz yang kecil dan boleh digunakan untuk menyejukkan minuman dalam bekas kecil seperti kotak atau tin. Setakat ini Microsoft masih belum mengumumkan harga rasmi namun ia dikhabarkan akan dijual pada harga USD499 (~RM2,052).

    Sebelum ini, Microsoft pernah menghasilkan peti sejuk Xbox Series X Fridge yang menyerupai saiz besar peti sejuk sebenar namun ia hanya dihasilkan dalam bilangan terhad serta digunakan untuk mempromosi konsol Xbox terbaru itu.

    Adakah anda berminat untuk memiliki peti sejuk unik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured