Hari ini, Beats telah melancarkan sebuah fon telinga wayarles mereka iaitu Beats Studio Buds. Fon telinga ini hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) yang dapat memantas bunyi luar menggunakan mikrofon di bahagian luarnya.
Studio Buds juga hadir dengan mod transparency yang membolehkan anda mendengar bunyi sekeliling dengan lebih jelas. Ia juga menggunakan mikrofon di luar yang menangkap bunyi ambien melalui pembesar suara.

Studio Buds ini boleh digunakan oleh kedua-dua telefon Android dan iOS. Untuk telefon Android, pengguna boleh mengubah suai atau kemas kini perisian melalui aplikasi Beats. Manakala di peranti Apple, ia dapat dilakukan di dalam OS secara asal.
Selain itu, Studio Buds juga menyokong pembantu suara termasuklah Siri dan Google Assistant. Perlu diberitahu, peranti ini menggunakan cip W1 atau H1 dari Apple, jadi ia tidak menyokong ciri spatial audio di Apple Music.

Pengguna juga boleh menggunakan Studio Buds untuk bersukan kerana ia hadir dengan ciri kalis peluh IPX4.
Untuk bateri, ia mampu bertahan selama 8 jam tanpa ciri ANC diaktifkan dan 5 jam jika mod transparency atau ANC diaktifkan. Bekas pengecasnya pula dapat memberikan pengecasan penuh selama dua kali, membawakan hayat bateri sehingga 24 jam.
Bekas pengecasnya menggunakan port USB-C untuk pengecasan. Mengikut mereka, pengecasan 5 minit boleh memberikan penggunaan selama 1 jam.
Melihat di laman web rasmi Apple Malaysia, ia telah disenaraikan pada tanda harga RM629 dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah. Namun, buat masa ini, ia masih lagi belum boleh dibeli.
Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







