fbpx
More

    Razer Blade 14 dilancar: Komputer riba “gaming” Razer pertama dengan AMD berharga RM9,999

    Dalam temasya gaming antarabangsa E3 semalam, Razer telah melancarkan komputer riba gaming Razer Blade 14 yang merupakan komputer Razer Blade pertama dilengkapi pemproses AMD Ryzen. Cipset yang dilengkapi dalam komputer ini adalah AMD Ryzen 9 5900HX iaitu cipset komputer riba AMD yang terpantas setakat ini.

    Untuk unit pemproses grafik (GPU), ia dilengkapi siri NVIDIA GeForce RTX 30 di mana pelanggan boleh pilih di antara RTX 3060, RTX 3070 atau RTX 3080. GPU ini dilengkapi teknologi Max-Q untuk prestasi tinggi tanpa menghasilkan bunyi kipas yang bising, termasuklah Dynamic Boost dan Whisper Mode 2.0.

    Komputer ini turut dilengkapi skrin IPS 14 inci, terdiri daripada dua varian iaitu resolusi Full HD 144Hz dan resolusi Quad HD 165Hz. Skrinnya juga menghasilkan warna yang tepat, dengan gamut warna sRGB 100% dalam skrin Full HD dan DCI-P3 100% dalam skrin Quad HD.

    Ia turut dilengkapi pembesar suara THX Spatial Audio dan papan kekunci yang mempunyai pencahayaan Razer Chroma RGB. Dengan ketebalan sebanyak 0.66 inci sahaja, Razer Blade 14 adalah komputer riba gaming ternipis dalam pasaran sekarang.

    Razer Blade 14 akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM9,999. Layari laman web Razer untuk maklumat lanjut tentang komputer ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X