More

    PDRM berikaun diskaun saman trafik sebanyak 50% melalui aplikasi MyBayar Saman sahaja

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengumumkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% jika pesalah membayar saman melalui aplikasi MyBayar Saman bermula 18 Jun hingga 18 Julai.

    Diskaun ini terbuka kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam kecuali kesalahan-kesalahan utama, kesalahan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

    Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan MyBayar Saman melalui laman web rasmi atau memuat turun aplikasi di Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI App Gallery. Pembayaran saman secara fizikal tidak dibenarkan kerana semua kaunter pembayaran saman di IPD daerah dan kontinjen telah ditutup sepanjang PKP.

    Perkhidmatan tersebut telah diperkenalkan sejak bulan Mac 2021 bagi memudahkan rakyat untuk membayar saman mereka secara digital. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured