More

    Xiaomi Malaysia beri Redmi Note 10 5G secara percuma kepada pelajar dengan telefon meletup

    Awal minggu ini, kami telah melaporkan bahawa sebuah telefon milik pelajar telah meletup sewaktu digunakan untuk kelas dalam talian. Ia telah mendapat perhatian media dan orang awam, termasuk Xiaomi Malaysia.

    Untuk menyegarkan memori anda, ibu kepada pelajar tersebut, Puan Suryani Abd Ghani memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku di rumahnya dan telefon tersebut telah diperolehi melalui program Jaringan Prihatin.

    Xiaomi Malaysia mengambil langkah dengan pantas dengan melawat keluarga yang terlibat dan memberi sebuah telefon pintar Redmi Note 10 5G.

    Jika anda tidak tahu, Redmi Note 10 5G berharga RM799 di pasaran Malaysia. Telefon pintar ini dilengkapi Mediatek Dimensity 700, RAM 6GB dengan storan 128GB, skrin 6.5 inci LCD 90Hz dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Untuk kamera pula, ia hadir dengan kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan, ia menggunakan kamera 8MP.

    Dengan spesifikasi ini, Redmi Note 10 5G sudah cukup dapat menampung keperluan kelas dalam talian. Kami mendoakan yang terbaik untuk pembelajaran pelajar tersebut.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured