More

    iQOO Malaysia mengacah iQOO 7 dan Z3, mungkin dilancar dalam masa yang terdekat?

    Beberapa hari yang lalu, kami melaporkan bahawa iQOO telah membuka halaman rasmi Facebook mereka di Malaysia. Ini menandakan kedatangan jenama ini ke pasaran Malaysia. Kini, mereka telah memuat naik beberapa catatan mengacah peranti yang bakal mereka lancarkan.

    Melihat kepada catatan yang pertama, mereka mengacah sebuah peranti yang hadir dengan kadar bacaan sentuhan 180Hz, ciri Eagle Eye Enhancement, All-Scenario Antenna dan sistem penyejukan cecair lima lapisan. Jika anda mengikuti perkembangan iQOO pada tahun ini, semua spesifikasi yang diberitahu tadi merujuk kepada peranti kelas pentengahan mereka, iQOO Z3 5G.

    iQOO Z3 5G hadir dengan cipset Snapdragon 768G (7nm), skrin 6.58 inci LCD beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia hadir dengan pilihan RAM setinggi 8GB dan storan setinggi 256GB.

    Yang menarik, iQOO Z3 hadir dengan ciri Extended RAM yang membolehkannya menambah RAM sebanyak 3GB. Selain itu, ia juga mempunyai kapasiti bateri 4,400mAh dan menyokong pengecasan pantas 55W (50% dalam masa 19 minit). Ia juga dilengkapi kamera utama 64MP dan kebolehan rakaman video 4K 60fps.

    iQOO Z3 5G dijual di pasaran India pada tanda harga INR19,990 (~RM1,130).

    iQOO Z3 5G

    Bercakap mengenai catatan kedua di Facebook iQOO Malaysia, mereka dilihat mengacah sebuah peranti yang hadir dengan kadar bacaan sentuhan 300Hz dan kadar bacaan sentuhan segera 1000Hz. Ia mungkin merujuk kepada iQOO 7 dan juga iQOO Neo 5. Namun, disebabkan iQOO Neo 5 hanya dilancarkan untuk pasaran China sahaja. Kami merasakan iQOO 7 adalah lebih tepat.

    iQOO 7 5G di pasaran India dikuasai oleh cipset Snapdragon 870 5G dan RAM LPDDR5 setinggi 12GB serta storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Ia juga menggunakan skrin AMOLED 120Hz FHD+, bateri 4400mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W (100% dalam masa 22 minit).

    Untuk kamera, ia hadir dengan kamera utama 48MP OIS yang dapat merakam video sehingga 4K 30fps. Selain itu, ia juga hadir dengan pembesar suara stereo dengan sokongan Hi-Res Audio. Ia menyokong Wi-Fi 6 dan hadir dengan sistem penyejukan cecair lapisan grafit penuh untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih seronok.

    "
    "

    iQOO 7 5G dijual di pasaran India pada tanda harga serendah INR34,999 (~RM1,954).

    iQOO 7 5G India

    Untuk pengetahuan anda, peranti iQOO luar dari pasaran China tidak akan menggunakan antara muka OriginOS sebaliknya mengekalkan FunTouchOS.

    iQOO adalah jenama sub dari vivo yang menfokuskan kepada telefon pintar gaming yang berpatutan.

    Apa pun, ini adalah berdasarkan pemerhatian TechNaveBM sahaja. Kedua-dua peranti ini mungkin tidak akan dilancarkan oleh iQOO Malaysia.

    Anda setuju dengan jangkaan kami? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured