More

    Xiaomi patenkan teknologi pengecasan telefon yang menggunakan bunyi

    Pada tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan pelbagai inovasi dalam teknologi pengecasan telefon pintar seperti Xiaomi HyperCharge yang boleh mengecas pada kadar 200W dan Mi Air Charge yang boleh mengecas secara wayarles daripada jarak jauh. Kini Xiaomi mungkin akan perkenalkan teknologi pengecasan yang baru, kali ini menggunakan bunyi.

    Xiaomi telah mendaftarkan paten dengan China National Intellectual Property Administration (CNIPA) yang menunjukkan teknologi pengecasan berdasarkan gelombang audio. Teknologi tersebut terdiri daripada komponen pengecasan bunyi, komponen penyimpan tenaga dan komponen elektronik.

    Komponen pengecasan bunyi terdiri daripada alat-alat penukaran tenaga yang boleh menukarkang getaran persekitaran kepada getaran mekanikal yang seterusnya boleh menghasilkan arus elektrik berulang-alik (AC). Arus AC kemudian boleh ditukarkan kepada arus terus (DC) menggunakan komponen elektronik.

    Paten tersebut menunjukkan pengecasan boleh dilakukan tanpa palam elektrik dan berfungsi dalam jarak jauh, serupa dengan Mi Air Charge. Walau bagaimanapun, ini hanyalah pendaftaran paten dan tidak bermakna Xiaomi akan menghasilkan teknologi tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang teknologi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured