More

    Singapura mungkin jadi negara pertama iktiraf MySejahtera sebagai pasport vaksin

    Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menyatakan kerajaan Malaysia berada dalam perbincangan akhir dengan kerajaan Singapura dalam mengiktiraf kemudahan MySejahtera sebagai pasport vaksin bagi membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke dalam negara jiran itu.

    Jika lulus, Singapura bakal menjadi negara pertama yang mengiktiraf MySejahtera sebagai pasport vaksin untuk rakyat Malaysia. Khairy juga mengatakan kerajaan sudah memulakan rundingandengan beberapa negara lagi bagi meluaskan kemudahan MySejahtera di dalam negara-negara lain.

    Dalam pada itu, kerajaan juga sedang melihat untuk memberi pengiktirafan kepada pasport vaksin dari negara-negara luar.

    Rakyat Malaysia hanya boleh keluar dari negara jika profil MySejahtera mereka mempunyai profil kuning yang menunjukkan pemilik profil sudah menerima vaksinasi penuh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured