More

    Samsung Galaxy M21 2021 Edition dikesan dalam laman web Samsung India

    Beberapa minggu lalu, telefon pintar Samsung Galaxy M21 Prime Edition telah dikesan dalam laman web Samsung India namun produk itu mungkin akan dijenamakan semula untuk pasaran di luar negara tersebut.

    Sebuah telefon dengan nombor model SM-M215G dikesan dalam Google Play Console dengan nama model Galaxy M21 2021 Edition. Spesifikasi untuk telefon tersebut masih belum disenaraikan. SM-M215G adalah nombor model yang sama untuk Galaxy M21 Prime Edition.

    Sebelum ini, Samsung telah pun melancarkan Galaxy M21 dan Galaxy M21s yang dilengkapi skrin Super AMOLED 6.4 inci, cipset Exynos 9611, bateri 6,000mAh, pengecasan 15W dan tiga kamera di belakang.

    Samsung juga telah melancarkan Galaxy M32 semalam yang akan mula dijual pada 28 Jun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M21 2021 Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured