HONOR dikhabarkan akan memasuki pasaran telefon lipat pada tahun ini. Sebelum ini, sumber telah melaporkan bahawa peranti lipat ini akan dilancar di bawah siri Magic. Kini, penyenaraian tanda dagangan baru dari HONOR telah pun tertiris menunjukkan nama rasmi peranti lipat mereka.
HONOR dilihat telah mendaftarkan tanda dagangan untuk HONOR Magic Fold dan HONOR Magic Flip pada awal bulan ini. Berdasarkan tanda dagangan ini, ia berkemungkinan besar adalah nama rasmi peranti lipat mereka.

HONOR Magic Fold dikhabarkan akan mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti HUAWEI Mate X2 dengan lipatan ke dalam, manakala HONOR Magic Flip akan hadir dengan reka bentuk seperti Samsung Galaxy Z Flip atau Motorola Razr.
HONOR Magic Fold dijangka akan memasuki pasaran pada separa kedua tahun ini dan ia mungkin akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 Pro. Untuk Magic Flip pula, ia tidak akan dilancarkan sehingga pada tahun hadapan.
Adakah anda meminati peranti lipat dari HONOR? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







