More

    HUAWEI Nova 8i muncul dalam talian dengan modul kamera seakan HONOR 50!

    HUAWEI dijangkakan bakal melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan mereka di pasaran Asia Tenggara yang hadir dengan nama HUAWEI Nova 8i. Terbaru, gambar peranti ini telah muncul dalam talian dengan reka bentuk kamera seakan-akan siri HONOR 50.

    Mengikut sumber, HUAWEI Nova 8i akan menggunakan skrin 6.67 inci LCD FHD+ yang menempatkan kamera swafoto punch hole. Pada bahagian belakang pula, modul kameranya akan menempatkan 4 kamera termasuklah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    HUAWEI Nova 8i dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 662 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga dikatakan akan dilengkapi bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. Yang sedikit pelik, peranti ini mungkin akan menggunakan EMUI 11 yang berasaskan Android 10 dan bukannya HarmonyOS.

    Apa pun, sehingga kini, tiada lagi berita rasmi mengenai kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured