More

    Samsung tawarkan kemas kini keselamatan selama 5 tahun untuk telefon andalan terpilih

    Samsung kini menawarkan kemas kini keselamatan (security updates) Android sehingga lima tahun untuk telefon andalan terpilih iaitu siri Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy Note20, Samsung Galaxy XCover 5 dan Samsung Galaxy Tab Active 3.

    Walau bagaimanapun, hanya versi enterprise edition daripada peranti-peranti di atas sahaja yang akan menerima kemas kini selama lima tahun sejak pelancaran mereka. Peranti enterprise edition adalah varian yang dikhaskan untuk kegunaan perniagaan, di mana ia boleh dilengkapkan dengan aplikasi atau perisian yang spesifik untuk kegunaan syarikat.

    Ini adalah peningkatan selama setahun berbanding peranti enterprise edition yang dilancar sebelum 2019 di mana mereka hanya mendapat kemas kini selama empat tahun sahaja. Sepanjang lima tahun tersebut, Samsung akan mengeluarkan kemas kini secara bulanan dan suku tahunan.

    Buat peranti yang bukan enterprise edition pula, Samsung menjanjikan kemas kini selama empat tahun. Setakat ini masih tiada jaminan jika Samsung akan meningkatkan sokongan kemas kini tersebut kepada lima tahun seperti dalam enterprise edition.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured