More

    HONOR X20 SE dilancar: Cipset Dimensity 700, kamera utama 64MP, berharga ~RM1,158

    HONOR hari ini secara senyap telah melancarkan telefon pintar HONOR X20 SE di pasaran China. Peranti ini dibuka untuk pra-tempahan dan ia akan mula dijual bermula 9 Julai ini. Ia dilengkapi beberapa spesifikasi menarik termasuklah skrin 6.6 inci, kamera tri 64MP dan bateri yang besar.

    HONOR X20 SE hadir dengan tiga kamera belakang termasuklah kamera utama 64MP f/1.9, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Kameranya menyokong ciri fotografi AI, rakaman berdua, HDR, fotografi professional, penstabilan elektronik dan lebih lagi.

    Peranti ini juga menggunakan skrin 6.6 inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Untuk cipset pula, ia dilengkapi Dimensity 700 dan hadir dengan dua pilihan RAM, 6GB atau 8GB. Kedua-dua model ini menawarkan storan 128GB dan datang dengan antara muka Magic UI 4.0 atas Android 11.

    Selain itu, HONOR X20 SE juga menggunakan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Ia juga menyokong Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, sensor cap jari sisi dan sokongan SIM berdua.

    HONOR X20 SE dijual di pasaran China dengan tanda harga serendah 1,799 Yuan (~RM1,158) dan ia ditawarkan dengan 4 warna berbeza (hitam, hijau, perak dan emas).

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran global termasuklah pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured